Wednesday 28 November 2012

Pandangan Tentang Teknologi dan Inovasi dalam pendidikan

Pembudayaan Teknologi dan Inovasi 
dalam 
Memberi Kesan dalam Pendidikan Mahasiswa.


Assalamualaikum...


    Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan beberapa panduan untuk kemajuan negara Malaysia dalam abad kedua puluh satu. Untuk mencapai objektik menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 (Mahathir 1991), penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat perlu. Malaysia perlu melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan.


    Pendidikan sebagai satu intitusi sosial memainkan peranan yang penting dalam penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan profesional. Pendidikan juga dapat membetuk sikap, nilai serta set minda seperti bersedia untuk menerima perubahan, inovasi serta penggunaan sains dan teknologi dalam bidang kerja dan kehidupan seharian terutamanya di kalangan generasi muda.



    Dalam situasi tertentu konsep sosialisasi atau pembudayaan digunakan untuk merujuk kepada proses pendidikan. Secara umum, pembudayaan itu merujuk kepada proses seseorang individu menguasai ilmu pengetahuan, nilia-nila, norma, sikap dan lain-lain. Dengan perkataan lain, ia merujuk kepada proses seseorang itu di didik menjadi manusia yang berperanan sebagai anggota masyarakat. Jadi dari segi konsep, pembudayaan adalah lebih luas daripada konsep pendidikan formal. Ia merangkumi proses didikan awal di rumah sehinggalah ia didedahkan kepada agensi-agensi lain semasa remaja dan dewasa.

    Saranan budaya teknologi dan inovasi yang perlu dilakukan oleh mahasiswa bagi mencapai minda kelas pertama adalah seperti berikut :

Saranan 1 ---
Penggunaan Pencarian Maklumat yang di bekalkan oleh Perpustakaan setiap IPT.

    Kemudahan pencarian maklumat telah dibekalkan kepada mahasiswa bagi memudahkan mereka mudah mencari maklumat yang terdapat di dalam atau luar perpustakaan. Contohnya bagi UKM telah menyediakan GEMILANG untuk mahasiswa UKM bagi mereka mudah untuk mencari bahan rujukan seperti tesis atau jurnal. Mahasiswa perlu menggunakannya kerana perpustakaan merupakan syurga ilmu di mana kita boleh mendapatkan pelbagai rujukan di sana. cuma masalah bagi pelajar adalah " adakah mereka tahu menggunakannya?". Tepuk dada tanyalah selera kerana pustakawan bagi perpustakan setiap IPT akan menyediakan kursus penggunaan kepada mahasiswa secara percuma.

Saranan 2 ---
Pembelajaran yang menggunakan animasi, video dan lagu.

    Mengikut kajian penyelidikan antarabangsa, manusia mampu mengingati ilmu yang diajar melalui penggunaan pancaindera yang sepenuhnya. penggunaan animasi, video mahupun lagu ketika pembelajaran mampu menguatkan apa yang dipelajari disamping menarik minat mahasiswa untuk menghadiri kuliah.

Saranan 3 ---
Pembelajaran menggunakan Gadget .

      Dunia kian semakin canggih. Malaysia telah menggunakan dasar pandang ke timur yang telah diuar-uarkan oleh Dr.Mahathir untuk mencipta teknologi yang telah dicipta oleh orang jepun. Oleh itu, teknologi seperti penggunaan Tablet telah lama wujud tetapi mereka tidak tahu apa kelebihan yang ada pada gadget ini. Gadget ini boleh memudahkan semua mahasiswa untuk belajar di mana-mana tidak kira di man jua anda berada. Hal ini boleh meningkatkan kadar membaca bagi rakyat Malaysia.

Saranan 4 ---
Pembelajaran menggunakan Microsoft office.

       Bill Gates merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi bagi semua orang. Beliau merupakan seorang pencipta  microsoft office. Pembelajaran penggunaan microsoft harus diterapkan kepada pelajar seperti dalam menghasilkan tesis dan assignment. Kesannya, pembelajaran menggunakan microsoft ini mampu meningkat kemahiran mahasiswa dalam penggunaan microsoft untuk mereka gunakan ketika masuk di alam kerja contohnya words, excel dan powerpoint.

Saranan 5 ---
Pembelajaran melalui Laman sosial.

      Purata bagi setiap pelajar akan mempunyai sekurang-kurangnya 1akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster atau Myspace. Namun sejauh mana mahasiswa bijak menggunakan laman ini kearah meningkatkan mutu pendidikan mahasiswa itu sendiri. Oleh itu mahasiswa disarankan untuk membuat sistem pembelajaran di dalam laman sosialini seperti membuat conference atau kumpulan pembincangan isu-isu pendidikan yang diajar di dalam kuliah mahupun isu luar yang sedang hangat berlaku di Malaysia.

      Kesimpulan daripada pandangan ini bahawa mahasiswa tidak mempunyai kebuntuan mental (mental block) untuk menerima Teknologi dan Inovasi. Mereka merupakan insan yang mempunyai intelektual yang tinggi bagi memahami budaya dan harus menerima budaya teknologi dan inovasi ini. Hal ini kerana Teknologi dan Inovasi mampu melahirkan mahasiswa minda kelas pertam yang kreatif dan bermutu tinggi dalam setiap bidang kerja yang dilakukan.
wassalam...

7 comments:

  1. Mohamad Haziq Ezwan b.Baharudin
    A137927
    FST

    saranan ke 5 adalah menarik kerana dunia kini dihujung jari.. jadi medium2 seperti fb mampu menjadi perantara terbaik dalam menyampaikan proses pmbelajaran

    ReplyDelete
  2. Inovasi perlu sejajar dengan masa dan budaya kita. Bagus pandangan ini ! Teruskan memmberi idea inovasi !

    ReplyDelete
  3. bagus, dengan adanya saranan yg diberi golongan muda belia dapat manfaatkannya dengan baik.

    ReplyDelete
  4. Betul3....ilmu dapat ditingkatkan apabila mengguna teknologi secara meluas...selain mampu melahirkan mahasiswa yg berkualiti tinggi...

    ReplyDelete
  5. Mari kita sebarkan ilmu ini utk bersama-sama membangunkan dan memajukan negara kita...

    ReplyDelete
  6. Mari kita sebarkan ilmu ini utk bersama-sama membangunkan dan memajukan negara kita...

    ReplyDelete
  7. zaman kini semuanya di hujung jari. Pengunaan teknologi yang meluas mebolehkan kita berada setanding dengan negara yang lebih maju seperti Jepun yang mempunyai pelbagai penggunaan teknologi yang canggih. Ini juga sejajar dengan wawasan 2020, untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju pada tahun 2020.

    ReplyDelete